Monday, February 13, 2012

Pesanan Dari Alumni

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan kepada semua Alumni MOZAC bahawa AGM Persatuan akan diadakan seperti butiran dibawah:-


Tarikh : 04 Mac 2012
Waktu : 10.15 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMSMSM


Kehadiran semua Alumni adalah amat-amat diharapkan.

Disamping itu juga pada 3hb dan 4hb Mac itu juga akan diadakan KARNIVAL SUKAN ALUMNI MOZAC bersama dengan pelajar-pelajar Mozac yang akan turut serta memeriahkan program tersebut. Boleh hubungi nama-nama dibawah untuk keterangan lanjut:

Saudara Ali Kasmin - 012-6391560
Saudara Halem Berahim - 0126311349
Saudara Hashim Zainal - 017-6622800

Oleh itu, usah dilepaskan peluang untuk datang ke Alma Mater anda.

Sekian. Harap maklum


Yang benar

Fuziah Khamis

Monday, February 6, 2012

Update

Beberapa info telah pun diupdate ke laman web ini. Jika ada sesiapa yang inginkan makluman lanjut sila emailkan ke koperasiexmozac@gmail.com atau hubungi mana-mana ahli lembaga pengarah (ALP10/11)

Moderator

Monday, January 16, 2012

Makluman... Menaik taraf

Blog ini dalam proses mengemaskini dan menaik taraf ... harap maaf terhadap segala kesulitan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada koperasiexmozac@gmail.com

Saturday, January 14, 2012

Mesyuarat Agung & ALP






10 DISEMBER 2011

Mesyuarat Agung Koperasi ExMOZAC telah diadakan pada 10.12.2011 bertempat di Rumah Persatuan ExMOZAC. Ayer Keroh, Melaka. Keahlian ahli koperasi setakat ini ialah 21 orang. Mereka yang layak diterima sebagai ahli ialah bekas pelas MOZAC yang telah membayar saham minimum iaitu Rm500.00. Di dalam Mesyuarat Agung ini, pindaan telah dibuat dari segi bilangan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) iaitu dikurangkan daripada 15 orang kepada 8 orang sahaja. Di dalam mesyuarat Agung ini, ALK yang baru bagi sesi 2011/2012 telah dilantik. Pengerusi Lembaga Koperasi yang baru ialah Sdr Abd Rashid Ab Rahman. Senarai penuh ALK adalah seperti tertera di laman ini.

Sebaik selepas Mesyuarat Agung tersebut, Mesyuarat ALK Bil 1 Sesi 2011/12 telah diadakan.



13 Januari 2012

Mesyuarat ALK Bil 2 diadakan di bilik mensyuarat Star Medik Sdn Bhd, Bandar Baru Salak Tinggi (pejabat milik Sdr Tajuddin Abdul Latif). Di dalam mesyuarat ini empat projek yang berpotensi telah dibincangkan dan telah mendapat persetujuan untuk dilaksanakan. Projek ini akan dimaklumkan kepada ahli koperasi dan juga kepada bekas pelajar MOZAC apabila segala prosedur dan peraturan semasa dilaksanakan dan dipenuhi.





Sunday, September 13, 2009

Mesyuarat BOD Koperasi exMOZAC Berhad Kedua

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi ExMozac Berhad kali kedua telah pun diadakan pada 12 September 2009 di Rumah Persatuan exMozac, Ayer Keroh Melaka. Ini merupakan mesyuarat pertama selepas koperasi kita dengan rasminya didaftarkan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 13 Ogos 2009.

Buat masa ini, koperasi ini beroperasi di pejabat Sdr Abdul Halim Husin di alamat 6-1, Jalan Melaka Raya 35, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka. Pihak Lembaga juga mengucapkan terima kasih kepada Sdr Abd Halim kerana telah memperuntukkan seorang kakitangannya bagi membantu hal berkaitan koperasi.

Rakan-rakan exMozac dialu-alukan menjadi ahli Koperasi. Untuk mendapatkan keterangan lanjut atau borang keahlian, bolehlah menghubungi Sdr Abd Halim di talian seperti yang tertera di blog ini. Yuran ahli ialah sebanyak RM50.00 manakalah bayaran minimum saham ialah RM500.00. Pembayaran boleh dibuat melalui cek atas nama "Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka Berhad" berserta borang keahlian.

Bersama-samalah kita memberi sokongan kepada koperasi kita ini untuk kesejahteraan bersama.

Friday, September 11, 2009

Koperasi Bekas Pelajar MOZAC telah didaftarkan.

Koperasi ExMOZAC telah pun diluluskan pendaftarannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Koperasi kita yang ditubuhkan pada 8 Mac 2009 telah dengan rasminya didaftarkan dengan SKM pada 13 Ogos 2009.

Sehubungan itu, Lembaga Koperasi akan mengadakan mesyuaratnya yang kedua pada 12 September 2009 bertempat di Rumah Persatuan Bekas Pelajar MOZAC di SMSMSM bermula jam 3.00 ptg. Bekas pelajar yang berkelapangan juga boleh hadir sama.

Pada petang itu juga kita akan berbuka puasa bersama anak yatim di Bukit Katil.

Tuesday, June 30, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG KOPERASI EXMOZAC

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Rakan-rakan ExMozac sekalian, blog ini dibina bertujuan mempromosikan Koperasi ExMozac dan menyampaikan maklumat terkini berhubung Koperasi ExMozac. Melalui blog ini diharapkan kegiatan koperasi dapat dihebahkan dengan segera kepada warga ExMozac teutamanya kepada ahli koperasi. Di samping itu, dari semasa ke semasa blog ini juga akan memaklumkan aktiviti tentang Persatuan Bekas Pelajar MOZAC.

Pihak Lembaga Koperasi mengalu-alukan semua bekas pelajar MOZAC menyertai koperasi ini disertai oleh semua. Diharapkan dengan penyertaan lebih ramai bekas pelajar MOZAC, aktiviti koperasi yang akan dijalankan dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai kejayaan.

Sebarang maklum balas atau cadangan tentang koperasi boleh dikemukakan secara langsung kepada mana-mana Ahli Lembaga Koperasi atau kemukakan emel kepada razalimalik@yahoo.com

Sekian